28 Sept 2009

Perbualan dengan anak: Trafik

Jalan tersangat jem dan beratur di lampu trafik bukan kegemaran aku, lebih lagi jika telah 5 kali lampu trafik menunjukkan lampu merah. Aku paling tidak suka jika ada orang yang memotong barisan. Ini selalu berlaku dan setiap kali, aku akan bercakap sendirian memarahi kereta yang memotong barisan.

Aku: Cis! Aku penat-penat beratur, dia masuk dihadapan pula!

Anak: Biarlah, ibu...
Aku: Yelah, tapi ibu dah penat tekan brek ni..
Anak: Kalau ibu marah-marah macam ni, pemandu dalam kereta tu boleh dengar ke?

Aku terdiam. Anak aku sudah pandai berfikir secara logik. Kenapa tidak aku? Lalu aku berfikir dan belajar bersabar.

4 comments:

booahboo said...

saborleee cik... budak kecik memang have wisdom beyond their ages :) Yassin is rite.. biarlah.

emilayusof said...

true anny, yassin taught me a lot although he's just 6!

Naddy said...

kadang2 saya pun sbagai co-driver nak je turunkan tingkap dan jerit kat driver sebelah "bagi la signal oi". "bang ang la", "boh doh" dan lain-lain kata makian marah. tapi kerana mak ajar sopan santun jadi saya duduk elok2 je sambil mulut kumat kamit marah.

:D

baincardin said...

tu dugaan sebelum menjelang raya tu ^_^

 
Copyright 2006-2011 the other side of emila. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan