Aku menginap di hotel kawasan bandar dan sepanjang 4 hari aku disana, aku tak pernah terjumpa pun seorang wanita Korea yang berpakaian tradisional. Sumpah tak ada.
Rata-rata, remaja perempuan berpakaian moden, berbaju t, berseluar pendek atau berskirt pendek paras peha. Yang pertengahan umur atau yang bekerja memang berpakaian anggun. Pakai kot dan seluar panjang atau skirt paras lutut, atau blouse. Pendek kata, semuanya designer's brand, Donna Karan, Armani, etc. Beg tangan popular adalah Coach atau LV. Bagi makcik-makcik pula, blouse dan seluar besar. Kasut tinggi memang tak lekang.
Tapi walaupun moden, berpakaian jenama dari Amerika, mereka tidak berbahasa orang putih pun. Aku dah test lebih dari 10 kali, memang sah tak boleh.
Tapi kalau pergi Itaewon tempat yang ramai pelancong, ayat yang mereka tahu adalah thank you. Adalah dua tiga orang yang boleh sebut harga dalam bahasa inggeris.
Itu di Itaewon sahaja.
Tempat lain, jangan harap.