Suatu hari masa nak pulang ke KL melalui bandar Raub, aku ternampak seorang pakcik sedang beri makanan pada burung. Suasana amat menarik lalu aku memberhentikan kereta. Emak aku tanya kenapa berhenti, "nak borak dengan uncle tu sekejap", kata aku. Anak aku menjengulkan kepala dari dalam kereta tapi aku melarangnya turun sebab aku nak jumpa pakcik tu sekejap sahaja.
Nama pakcik itu ialah Uncle Gopal. Dia ada kedai gunting rambut dan tiap-tiap hari dia dan rakan-rakannya akan memberi makan burung-burung di situ. Itu sahajalah yang aku sempat nak tanya sebab anak aku dah jerit ajak balik!
About the bird:Name: Pigeon | Rock PigeonScientific name:Columba Livia
3 comments:
burung burung saya manyak suka.. i still got a lot of burung blom masuk... kita samo samo buat koleksi burung :D
set!! kita buat koleksi gambar burung, k ,anny!
Loveed reading this thanks
Post a Comment