2 Oct 2009

Buah yang tak gugur....

Alhamdulillah, aku baru sahaja menerima bayaran dari kawan aku yang sepatutnya dijelaskan 1 tahun yang lalu. Aku tidak akan mengganggu dia dengan panggilan, sms dan e-mel mengenai pembayaran. Dia akan tenang melalui hari-harinya. ^_^

Dua tiga bulan lepas aku sepatutnya menerima bayaran dari satu rangkaian pengiklanan secara online terbesar di Malaysia. Dari sebulan ke sebulan, pengurusannya atau lebih tepat lagi pengasasnya meminta penangguhan atau dasar ekonomi meleset. Dia membayar aku 1/5 dari jumlah pembayaran sebelum hari raya (ini bukanlah perjanjian asal dimana perjanjian asal aku dibayar jumlah penuh). Aku akur setelah dia berjanji membayar bakinya dalam bulan September. Sekarang sudah bulan Oktober. Dua tiga hari lepas aku mengirimkan e-mel kepadanya. Tiada jawapan. Hari ini aku mengirim sms padanya. Tiada jawapan. Lalu aku panjangkan e-mel terdahulu. Tiada juga jawapan.

Masih hidupkah dia?



1 comments:

Ticer Syah said...

been in that situation before and even now. hampeh kan.. time keje nak suruh buat cepat2.. when it comes to payment.. mcm2 alasan bagi.. sungguh kurengggg!!! there's one person yang masih lagi dok hutang with me.. so grrrrrr with that guy.. geget br tau..huhu

 
Copyright 2006-2011 the other side of emila. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan