12 Oct 2009

Laksam hapak!

Aku makan laksam hari ni di salah satu cawangan kedai yang terkenal dengan laksa-laksa Malaysia. Rasanya? TAK SEDAP!!!! Kuahnya masin dan tepung laksamnya berasa hapak!! Aku hanya makan sesudu dan komplen! Lepas ni aku tak nak makan lagi dekat tempat tu. Dah masuk dalam BAN list aku! Dahlah harganya RM9.90!! Hujung bulan ni aku nak balik kampung dan makan laksam pekan sari Raub yang harganya hanya RM3.00 puas-puas!

Oh dan lagi satu, buatan laksamnya tak ada seni langsung! Yang aku tahu, selalunya laksam akan digulung dan dipotong cantik-cantik. Tapi yang ini macam tepung tu dibaling pada dinding dan kemudian dikutip satu persatu.

Dapat kamu bayangkan? Dapat ya? Terima kasih.

6 comments:

khemy said...

aku rasa aku tau kedai laksa apa..aku pun dah lama tak pergi..sebab aku tau yang masak nyer bukannya tukang masak betul2, orang seberang..derang masak ikut instruction...grosskan..and pathetic..orang sekarang nak berniaga makan for the sake of untung, not for the food yg sedap...

Nick Phillips said...

Alamak, now I hungry pulak!

Emila Yusof said...

astaga ida, memang! bila aku tanya kat cashier tu dia kata buat laksam tu sub kat kampung kayu ara, boleh???

Emila Yusof said...

lol nick! tiba2 lapar ya! hahha

mangosteenskin said...

astaga, restoran laksa sub laksam di tempat lain? tidak boleh dimaafkan laksam hapak tu alibaba oi.

farah said...

hahaha kak saya tau kedai mana coz suda terkena jua..hampeh bila kata basi dia kata mmg tu rase dia..yes laksa kat pekan raub age rm1.50 g sedap :)

 
Copyright 2006-2011 the other side of emila. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan