Tahun ini adalah tahun yang amat bertuah bagi aku walaupun agak meletihkan. Benar kata orang, jika hendak berjaya, bukan dengan air liur semata tetapi dengan airmata dan juga keringat. Terkadang aku menangis sendirian kerana kerja-kerja yang berlonggokan. Sukar sekali bagi aku mengimbangi kerjaya dan rumah. Jika kau lewati lorong ini, lalu singgah dirumah usang ini, kau pasti tidak percaya keadaan aku disini. Rumah aku berselerak, sambil aku terjerit memarahi anak yang seorang tetapi kudratnya menyelerakkan rumah bagai sepuluh orang anak. Kucing aku terlalu gemar membuang air merata-rata dan aku akan terjerit lagi memarahi kucing sambil mengenggam alas kaki untuk dibasuh. Terkadang juga, masakan aku hangus gara-gara alpa menyiapkan kerja dihadapan komputer. Aku akan terjerit lagi kerana terkejut kuali ku sudah hitam! Bila aku alpa, aku hairan kenapa hidung aku juga begitu; tidak terbau apa yang mendatang didapur.
Terkadang. Terkadang. Terkadang. Oh! begitu banyak tugas yang harus aku lunaskan!
Jika kau lewati lorong ini, lalu kau jengah rumah usang aku, maafkan aku. Dedaunan kering belum aku sapu.
6 comments:
Kak Emila,
saya faham.
Kak Amy,
saya pun faham.
Nanti bila saya lalu saya bawa tukang sapu ya...
hahahahhaha
yati, thank you. bukan senag kerja dari rumah ni kan?
helmy, tolonglah bawakan. tapi dah berkurangan sikit daun kering sebab mak saya baru je tebang pokok yang paling banyak sekali menggugurkan daun.
OHh.. such a cute post Emila.. ehehhe.. lol!
Kita buat mana yang mampu la kak. Kalau harap semua perfect kat rumah, kita bukan ada super power. Yang lebih utama je la buat dulu. :)
Post a Comment