28 Apr 2008

Saja merapu

Emak saya balik kampung. Bila emak tiada, kucingnya joli katak. Dia juga ibarat tikus, bila kucing tiada, dia bermaharajalela. Dia suka memunggah, habis roti dimakannya. Saya bagi makan makanan kucing, dia tak mahu. Roti biasa dia tak makan, dia hanya makan roti wholemeal. Saya rasa dia tak anggap dirinya kucing. Tapi bila terasa nak buang air, tak pula dia ke tandas. Dia akan mengiau sekuat hati di pintu, minta dibukakan untuknya. Kebun bunga emak saya jadi tandasnya.

Tiger oh Tiger!

2 comments:

Unsunghero said...

Salam Emila,

terima kasih untuk beg yang cantik itu :) amat suka

marvicn.com said...

lawak la cerita kak emi nie...tapi kucing mmg macam tu..kekadang dia akan rasa macam dia tu yang BOSS BESAR kat rumah...

 
Copyright 2006-2011 the other side of emila. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan