20 Jan 2010

Penat siut

Baru je habis menokok-nambah elemen-elemen untuk buku My Mom's Garden. Sekarang aku tengah lukis siri Flower Guardians untuk penerbit. Aku kena lukis paling kurang 50 lukisan. Paling banyak 100. Ini tiket aku ke Italy! Pada masa sama aku kena tulis lagi dua buku kraf untuk PTS yang mana aku kena siapkan pada bulan Februari.

Dengan anak yang bersekolah dua sessi, dengan jadi driver menghantarnya pergi dan mengambilnya pulang, dengan menyediakan sarapan dan makan tengahari dia, dengan baju sekolah dia yang macam kerang tiap-tiap hari nak kena berus, dengan rutin diet aku, dengan kain baju kotor yang nak dibasuh, dengan kerja-kerja aku yang tak pernah habis, ....mampukah aku?

Aku cuba. Tahun lepas aku berazam tahun ni nak lepak sikit. Tapi nampaknya tahun ni aku kena berazam untuk tahun depan supaya dapat lepak banyak.

2 comments:

Anny said...

hahahahahaa.. kelakornya si Emi ni.. hahhahahaa.. kalu mampu... berusaha laaa untuk masa depan :D

Emila Yusof said...

hahahahaaaaaaaa saya akan berusaha, anny

 
Copyright 2006-2011 the other side of emila. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan